Tentang Kami

i-Fateh Agrotech merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menjadi peneraju utama dalam dunia pertanian moden yang lebih dinamik. Syarikat ini berhasrat menggabungkan kepakaran bercocok tanam dengan inovasi teknologi terkini bagi meningkatkan hasil pengeluaran. Dengan pendekatan yang kreatif, i-Fateh Agrotech komited memastikan industri agrikultur negara terus berkembang maju, mampan dan relevan dengan arus pemodenan masa kini.

Di samping itu, Inspirasi produk Grey Savory lahir daripada keinginan menyediakan perasa asli berasaskan cendawan yang berkualiti. Keunikan utamanya adalah tanpa MSG tambahan dan organik menjadikannya pilihan lebih selamat. Produk ini menggabungkan khasiat semula jadi dan kemudahan teknologi bagi memberikan keenakan masakan yang tiada tandingan.